PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai merogol kanak-kanak perempuan di Bandar Tasik Puteri, Rawang kelmarin. Penahanan suspek berusia 54 tahun itu dilakukan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima laporan berhubung kes rogol membabitkan mangsa berusia 13 tahun pukul 8.15 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pengadu ialah ibu kepada mangsa berusia 35 tahun. “Mangsa dipercayai dirogol oleh seorang lelaki dikenali…










