Ingkar gencatan senjata, Israel terus bedil zon kuning di Gaza

Ingkar gencatan senjata, Israel terus bedil zon kuning di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel terus membedil serta merobohkan bangunan di kawasan bawah kawalannya di utara dan selatan Gaza, meskipun tindakan tersebut jelas melanggar perjanjian gencatan senjata.

Saksi memberitahu agensi berita Anadolu, tentera Israel meletupkan beberapa bangunan kediaman di kawasan Shujaiya, Gaza City, yang terletak dalam zon kuning di bawah kawalan rejim.

Artileri Israel juga menembak kawasan di bahagian timur Khan Younis, selatan Gaza, yang dikawal tentera, menurut saksi.

Tiada laporan mengenai mangsa cedera atau terkorban akibat serangan itu.

Selama beberapa minggu, kawasan di bawah kawalan tentera Israel di Gaza yang sepatutnya dilindungi oleh gencatan senjata menyaksikan pengeboman setiap hari, dengan Israel mendakwa kononnya menyasarkan infrastruktur Hamas.

Sejak Oktober 2023, tentera Israel membunuh hampir 70,000 rakyat di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan 171,000 yang lain dalam perang lebih dua tahun, sehingga meranapkan sebahagian besar wilayah itu.- ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN