SHAH ALAM: Seorang ibu kepada tiga juruterbang tidak mensia-siakan usia emasnya dengan menganggap ia sebagai tempoh paling tenang untuk menyempurnakan perjalanan pengajian tertingginya. Menurut graduan doktor falsafah (PhD) dalam bidang pendidikan itu, Dr. Rafiah Kassim, 73, pada usia itu dia mampu menamatkan pengajian dan penyelidikan berkaitan guru prasekolah hanya dalam tempoh tiga tahun. “Saya memang berminat menyambung pengajian ketika muda, tetapi waktu itu terlalu banyak gangguan, sukar untuk memberikan tumpuan…










