Gunung berapi Sakurajima meletus, Jepun ramal hujan abu

Gunung berapi Sakurajima meletus, Jepun ramal hujan abu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Gunung berapi Sakurajima di selatan Jepun meletus awal hari ini, menghasilkan abu dan asap setinggi 4,400 meter ke udara, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Seorang pegawai di wilayah Kagoshima berkata kepada AFP, tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Namun, agensi cuaca meramalkan hujan abu di sebahagian Kagoshima dan wilayah bersebelahan, Miyazaki, kerana letusan berulang beberapa kali.

“Di kawasan yang dijangka mengalami hujan abu sederhana, penduduk dinasihatkan mengambil langkah melindungi diri, seperti menggunakan payung atau topeng dan berhati-hati ketika memandu,” menurut agensi tersebut.

Tahap amaran gunung berapi dikekalkan pada tahap tiga daripada lima, mengehadkan akses ke kawasan sekitar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN