Dharma Harun meninggal dunia - Utusan Malaysia

Dharma Harun meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Dharma Harun Al Rashid, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.10 malam, pada Selasa.

Berita duka itu dikongsikan anaknya, Muhammad Al Syafiq, 36, memaklumkan bapanya sudah tidak bernyawa ketika dia baru pulang daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Ayah saya meninggal (dunia) waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam,” tulisnya menerusi hantaran di media sosial.

Difahamkan, jenazah akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai, malam ini.

Terdahulu, pelakon Adik Manja itu mendedahkan mengalami pelbagai masalah kesihatan hingga berat badannya turun mendadak ke 45 kilogram.

Allahyarham tinggal bersama Muhammad Al Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di ASWARA. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN