CEO GISBH, isteri mengaku jadi anggota pertubuhan salah

CEO GISBH, isteri, anak ‘Abuya’ mengaku jadi anggota pertubuhan salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali mengaku bersalah atas pertuduhan menjadi anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bersidang di Kompleks Penjara Kajang di sini hari ini.

Selain Nasiruddin, turut membuat pengakuan sama ialah isterinya, Azura Md. Yusof, 58; dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib Ashaari, 33.

Mereka membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan pilihan dibacakan secara serentak di hadapan Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar.

Turut mengaku salah pada prosiding hari ini ialah lapan tertuduh wanita, Hamimah Yakub, 72; Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33.

Selain itu, 11 lagi tertuduh lelaki ialah Hasnan Abd. Hamid, 54; Mohd. Shukri Mohd. Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd. Fazil Md. Jasin, 58; Mohd. Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Mengikut pertuduhan pilihan, mereka didakwa di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana menjadi ahli kepada pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Berita lanjut menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN