TAWAU: Sokongan anak muda merupakan antara cabaran yang dihadapi calon-calon bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengikut perubahan semasa. Calon Barisan Nasional (BN) Apas, Dr. Elmiariezan Arda berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima menunjukkan ada kebangkitkan gelombang sokongan, khususnya daripada pengundi muda. “Dari segi keyakinan, kita memang amat tinggi. Kita mendapati adanya suara-suara yang ingin perubahan serta sokongan anak muda yang akan membantu…










