SHAH ALAM: Jaringan Rawang Tolak Insinerator (JRTI) yang membantah pembinaan loji sisa kepada tenaga (WTE) di Batu Arang, Rawang menafikan mereka dibayar oleh pihak tertentu bagi menggagalkan pembinaan projek tersebut. Sebaliknya, bantahan tersebut dibuat atas kesedaran terhadap kepentingan lebih satu juta penduduk yang tinggal di kawasan mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 rumah dalam radius lima kilometer dari tapak projek WTE tersebut. Jurucakapnya, Abdul Hanan Abd. Mukti berkata, lebih 12,000 penduduk yang menyatakan…










