BN-PH mampu tamat penguasaan 35 tahun Pas Kelantan

BN-PH mampu tamat penguasaan 35 tahun Pas Kelantan

Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) mampu menamatkan penguasaan 35 tahun Pas Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sekiranya menampilkan calon berwibawa dan membawa idea pembangunan lebih menarik untuk meningkatkan potensi negeri.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani (gambar) berkata, sebagai langkah awal BN-PH perlu memberikan tumpuan awal kepada kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah strategik untuk membina kepercayaan rakyat.

“Dalam menghadapi PRU-16 akan datang, saya berpanda­ngan BN-PH perlu sikap matang dan berwibawa dengan menampilkan idea-idea lebih segar berasaskan politik nilai dan pemerkasaan rakyat.

“Fokus utama perlu diberikan kepada aspek ekonomi kecil, peluang untuk belia, integriti kepimpinan, serta kebangkitan sosial berteraskan Islam progresif,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Pada PRU-15 lalu, Pas menang 42 kerusi daripada 45 dipertan­dingkan sekali gus membentuk kerajaan kukuh dengan majoriti dua pertiga manakala BN meraih dua kerusi dan PH pula satu DUN.

Mohd. Azwawi berkata, kedu­dukan BN yang kukuh di kawasan luar bandar ditambah de­ngan idealisme pembaharuan PH de­ngan membawa aspirasi pengundi muda mampu mewujudkan gabungan yang lebih matang dan berdaya saing di Kelantan.

Katanya, kedua-dua gabu­ngan itu perlu menyusun strategi berkesan dalam menarik soko­ngan pengundi bagi memastikan gabungan ini dapat menem­busi akar budaya politik Kelantan yang begitu unik.

“Kekuatan yang dibina di DUN perlu dijadikan asas untuk memperkukuh pengaruh di pe­ringkat Parlimen.

“Dengan keseimbangan antara strategi negeri dan visi nasional, saya percaya gabungan ini mampu menjadi suara dalam mem­bela kebajikan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Aza­mawi memberitahu, kehadiran dua Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) BN dan seorang PH telah berjaya memainkan pera­nan semak serta imbang dengan baik di DUN Kelantan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN