Banjir Perlis: Sejam penuh debaran buat tiga sahabat - Utusan Malaysia

Banjir Perlis: Sejam penuh debaran buat tiga sahabat

FATIN Aisyah Abd. Malik,22, (kiri) dan Mai Seri Balqis Meor Mahaputra sabar menunggu bantuan kenderaan menghantar mereka ke stesen bas di Kangar selepas kebanyakkan laluan di Arau ditutup untuk kenderaan ringan ekoran banjir.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Tiga sahabat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, pada awalnya gelisah ditinggal bas untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti semester.

Hal demikian selepas kebanyakkan jalan di kawasan Arau yang menjadi laluan untuk ke stesen bas yang terletak di Kangar itu ditutup untuk kenderaan ringan ekoran banjir.

Bagaimanapun, kegelisahan mereka menanti pertolongan di pusat pemindahan sementara (PPS) UiTM di sini sejak tengah hari berakhir apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang meninjau mangsa banjir di situ membantu para pelajar itu dengan menyediakan kenderaan untuk ke stesen bas.

Fatin Aisyah Abd. Malik,22, dan Mai Seri Balqis Meor Mahaputra serta seorang lagi sahabat mereka sudah merancang pulang ke kampung halaman masing-masing di Kelantan, Kuala Lumpur dan Terengganu dengan bas dijadual bertolak dari stesen pada pukul 8 malam.

Kata Fatin Aishah, laluan di Arau sudah tidak boleh dilalui sejak pukul empat petang dan dalam masa sama, hanya tinggal beberapa jam sahaja untuk mereka ke stesen bas.

Ujarnya, mereka ada menghubungi grab namun kenderaan ringan ketika itu sudah tidak berupaya meredah air yang semakin tinggi di Arau.

“Kami cuti seminggu dan sememangnya rancang untuk pulang ke kampung halaman. Tidak
sangka pula banjir melanda negeri ini dan air naik dengan begitu pantas.

“Kami terus menanti di sini dengan harapan boleh menumpang mana-mana kenderaan ke stesen bas dan akhirnya mendapat bantuan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Mereka bergegas ke stesen bas kira-kira pukul 7 malam iaitu hanya ada kira-kira sejam sebelum bas berlepas dengan dihantar oleh kenderaan disediakan Shahidan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN