KANGAR: Banjir di Perlis yang semakin buruk sedikit sebanyak mengganggu persediaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas dengan bencana tersebut. Mereka yang terjejas itu, terpaksa berlindung dan membuat persediaan menghadapi peperiksaan besar itu di pusat pemindahan sementara (PPS). Nurul Izza Syamimi Azmi, 17, berkata, dia sememangnya sudah membuat persediaan sejak tiga bulan lalu bagi menghadapi peperiksaan tersebut namun bencana yang berlaku itu sedikit sebanyak mengganggu tumpuannya. “Memang persediaan itu…










