Banjir Perlis makin membimbangkan, mangsa meningkat kepada 3,501 - Utusan Malaysia

Banjir Perlis makin membimbangkan, mangsa meningkat kepada 3,501

KEBANYAKKAN jalan masih ditutup ekoran air semakin meningkat di Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Keadaan banjir di Perlis makin membimbangkan dengan jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat kepada 3,501 dari 1,018 keluarga setakat pukul 12 tengahari ini.

Mangsa ditempatkan 16 PPS tiga kawasan di negeri ini iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

Antara laluan ditutup adalah di lampu isyarat Jalan Santan, Jalan Sungai Repoh, Jalan Batas Liku, Rani Estet, Jalan Kubang Gajah, Jalan Besar Arau–Kodiang dan Jalan Kampung Gial. Laluan lain yang turut ditutup adalah Jalan Wang Kelian, Jalan Bukit Chabang (depan PUSPEN), Jalan Syed Hussien Pauh Arau (hanya kenderaan berat), Jalan Stesen KTM Arau dan Jalan Kg. Baru Kok Kelang – Bulatan FELDA.

Kawasan Arau masih terjejas apabila kebanyakan jalan akses masuk tidak dapat dilalui kenderaan ringan manakala keadaan di Kangar semakin teruk dengan sekolah, premis pejabat, hospital dan kediaman dinaiki air.

Terdapat juga penambahan pencawang elektrik yang ditutup ekoran bencana itu seperti di Kampung Rambai 2, Bandar Baru Wang Kelian, Frampro, Kompleks Bebas Cukai Wang Kelian, Pekan Pelancongan Wang Kelian, Telekom Arau Guar Sanji, Rumah Pam Arau, Kampung Guru dan beberapa lagi.

Dalam pada itu, jalan ke Stesen KTMB Arau tidak boleh dilalui dan penumpang dinasihat naik dan turun di Stesen KTMB Kodiang, Kedah.

Perlis pernah dilanda banjir besar yang menjejaskan penduduk pada tahun 2005 dan 2010.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN