Banjir Perlis: Jalan Wang Kelian, View Point ditutup sehingga JKR sahkan selamat - Utusan Malaysia

Banjir Perlis: Jalan Wang Kelian, View Point ditutup sehingga JKR sahkan selamat

GELONGSORAN atau tanah runtuh yang berlaku di sekitar laluan bercerun dari View Point Wang Kelian Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Jalan Wang Kelian dan View Point ditutup sepenuhnya buat semua pengguna sehingga Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan laluan tersebut kembali stabil, sesuai dan selamat untuk dilalui.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, keputusan penutupan itu dibuat berdasarkan hasil penelitian risiko dan perbincangan teknikal menerusi satu mesyuarat yang diadakan.

“Polis Padang Besar bersama agensi-agensi berkaitan sedang melaksanakan pemantauan 24 jam di semua kawasan terjejas.

“Sebarang keputusan berhubung pembukaan semula laluan tersebut akan dimaklumkan selepas dipastikan selamat oleh pihak JKR,” katanya.

Penduduk Wang Kelian sebelum ini terputus hubungan selepas jalan utama di sekitar laluan bercerun dari View Point Wang Kelian ke kawasan Kampung Wang Kelian mengalami tanah runtuh.

Selain tanah runtuh itu, terdapat juga kejadian pokok tumbang di Jalan Wang Kelian menyebabkan laluan terputus.

Mohd Shokri berkata, orang ramai dinasihat untuk tidak meredah kawasan banjir atas faktor keselamatan dan sentiasa mematuhi arahan anggota bertugas di lokasi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN