Banjir: Korban cecah 55, Vietnam giat cari 13 lagi mangsa hilang

Banjir: Korban cecah 55, Vietnam giat cari 13 lagi mangsa hilang

PENDUDUK meredah banjir di Nha Trang di wilayah pesisir pantai Khanh Hoa, Vietnam, Khamis lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Pasukan penyelamat Vietnam giat meneruskan usaha mencari lebih 12 mangsa yang masih hilang selepas seminggu banjir besar melanda wilayah selatan-tengah negara, dengan angka korban meningkat sekurang-kurangnya 55 orang.

Hujan lebat berterusan sejak akhir Oktober menyebabkan beberapa destinasi pelancongan popular terjejas teruk.

Seluruh blok bandar ditenggelami air minggu ini, manakala tanah runtuh menghalang laluan pergunungan berhampiran pusat pelancongan Da Lat.

Kementerian Alam Sekitar dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, 55 kematian direkodkan di enam wilayah sejak Ahad lalu, ketika usaha mencari 13 lagi mangsa hilang diteruskan.

Wilayah Dak Lak mencatatkan jumlah kematian paling tinggi dengan lebih 24 mangsa terkorban.

Setakat semalam, beberapa lebuh raya masih tidak boleh dilalui, manakala 300,000 penduduk terputus bekalan elektrik, yang awalnya menjejaskan lebih sejuta orang.

Menurut pejabat statistik kebangsaan, bencana alam mengakibatkan 279 kematian atau mangsa hilang di Vietnam serta kerugian melebihi AS$2 bilion (RM8.3 bilion) dari Januari hingga Oktober.

Negara Asia Tenggara itu terdedah kepada hujan lebat antara Jun dan September, namun pakar berkata, perubahan iklim yang didorong aktiviti manusia menyebabkan cuaca ekstrem menjadi lebih kerap.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN