KANGAR: Banjir di Perlis semakin buruk dengan 850 mangsa daripada 254 keluarga kini ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10 pagi ini.
Enam PPS yang diaktifkan membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Sireh, SK Titi Tinggi, SK Felda Mata Ayer, Dewan Semai Bakti Felda Mata Ayer, Dewan Warisan, SK Guar Nangka dan SK Batu Bertangkup.
Kawasan sebelah utara negeri ini khususnya di sekitar Padang Besar antara yang paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa dijangka terus meningkat.
Wang Kelian kini juga masih terputus hubungan ekoran jalan utama di sekitar laluan bercerun dari View Point Wang Kelian ke kawasan kampung di situ mengalami tanah runtuh.
Dalam masa sama, beberapa lokasi peranginan dan rekreasi seperti Gua Kelam turut terjejas dan terpaksa ditutup sehingga dimaklumkan kelak demi keselamatan pengguna.
Paras air dikebanyakkan sungai di negeri ini juga sudah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jarum, empangan Timah Tasoh, Sungai Chuchuh @Kampung Chantek, Sungai Buluh@Kg Batu Bertangkup dan Sungai Arau.
Hujan lebat masih berterusan di negeri ini dengan jumlah mangsa dijangka terus meningkat.-UTUSAN










