Bangunan Pas terbakar, lukisan Tok Guru Nik Aziz tidak hangus

Bangunan Pas terbakar, lukisan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz tidak hangus

LUKISAN Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang digantung di pejabat pengurusan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan, tidak hangus dalam kejadian awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru Nik Aziz yang digantung di dinding bangunan milik Pas di pejabat pengurusan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa dekat sini tidak hangus dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Penyelia pusat berkenaan, Raja Roslan Raja Yaacob berkata, selain itu ayat Kursi yang digantung bersebelahan dengan lukisan turut terselamat dalam kejadian tersebut.

“Alhamdulillah gambar Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang sudah digantung lebih 20 tahun tidak terbakar dan berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Online pagi tadi melaporkan, sebuah pejabat dan pondok pengawal di bangunan milik Pas di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Jalan Maktab, dekat sini terbakar awal pagi ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 Che Mazlan  Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.31 pagi. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN