PETALING JAYA: Kosmetik berjenama terpakai semakin mendapat permintaan tinggi daripada golongan wanita muda yang ingin gaya mewah. Mereka dikatakan sanggup berhabis wang untuk mendapatkan produk berkenaan, meskipun tahap keselamatan dan kebersihannya dicurigai. Pemakaian produk itu mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kulit seperti jangkitan pada wajah dan alahan. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kosmetik berkenaan banyak dijual di media sosial dan platform dalam talian yang menyasarkan wanita muda yang berminat kosmetik berjenama,…










