Australia sekat penjenayah siber didakwa biaya program senjata Korea Utara

Australia sekat penjenayah siber didakwa biaya program senjata Korea Utara

PENNY WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia mengenakan sekatan kewangan dan larangan perjalanan terhadap empat entiti serta seorang individu yang didakwa terlibat dalam jenayah siber bagi menyokong dan membiayai program senjata pemusnah besar-besaran serta peluru berpandu Korea Utara.

Menteri Luar, Penny Wong berkata, keputusan itu dibuat susulan bukti menunjukkan pelaku siber yang mempunyai kaitan dengan Korea Utara terlibat dalam kecurian besar-besaran mata wang kripto, kerja IT palsu dan kegiatan pengintipan bagi mengelak sekatan serta membiayai aktiviti senjata negara itu.

Langkah itu sebagai memetik laporan Multilateral Sanctions Monitoring Team yang menyelia pelaksanaan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Korea Utara.

Wong berkata, pasukan itu mendapati penggodam Korea Utara mencuri sekurang-kurangnya AS$1.9 bilion (RM9.3 bilion) mata wang kripto di seluruh dunia pada 2024, menggunakan rangkaian global warganya serta ejen luar untuk membersihkan aset digital yang dicuri.

“Kerajaan Australia mengambil tindakan ini bersama Amerika Syarikat (AS) untuk memberi tekanan terhadap rangkaian penjanaan pendapatan haram Korea Utara dan menangani ancaman berterusan terhadap keselamatan serta kestabilan serantau,” katanya.

Selasa lalu, Jabatan Perbendaharaan AS turut mengenakan sekatan terhadap lapan individu dan dua entiti kerana terlibat dalam pengubahan wang haram hasil ‘skim haram’ yang dijalankan Korea Utara, termasuk jenayah siber dan eksploitasi pekerja IT di luar negara.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN