AS sedia sokong Lubnan paksa Hezbollah lucut senjata

AS sedia sokong Lubnan paksa Hezbollah lucut senjata

BEBERAPA rakyat Lubnan mengibarkan bendera Hezbollah di hadapan runtuhan bangunan di pinggir selatan Beirut, selepas gencatan senjata Israel dan Hezbollah berkuat kuasa pada 27 November lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bersedia menyokong tentera Lubnan untuk melaksanakan pelan melucut senjata kumpulan bersenjata, termasuk Hezbollah.

Rancangan tersebut diumumkan Lubnan pada Ogos lalu, namun sehingga kini masih belum menunjukkan sebarang kemajuan.

Pegawai AS, semasa pertemuan dengan Presiden Lubnan, Joseph Aoun, menyatakan kesediaan Washington untuk membantu negara dilanda perang itu menstabilkan keselamatan di selatan, yang sering diserang Israel, lapor agensi berita NNA.

Sokongan itu bertujuan menamatkan aktiviti bersenjata dan membolehkan pihak berkuasa mengawal keseluruhan wilayah Lubnan, tanpa menyatakan jenis bantuan yang ditawarkan AS.

Aoun menerima delegasi Jabatan Perbendaharaan AS yang diketuai Dr Sebastian Gorka, merangkap timbalan pembantu kepada Presiden Donald Trump, di kediaman presiden di pinggir Beirut.

Beliau yang dilantik sebagai presiden pada Januari lalu selepas perjanjian gencatan senjata menamatkan perang dua bulan antara Israel dan Hezbollah, menekankan kepentingan memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan serangan berterusan ke atas Lubnan.

Minggu lalu, negara haram itu melancarkan beberapa serangan udara ke atas Lubnan sejak gencatan senjata kuasa yang disokong AS dan Perancis berkuat kuasa, membangkitkan kebimbangan konflik boleh kembali meletus.

Tentera Israel mendakwa, serangan ke atas Lubnan adalah sebagai tindak balas terhadap usaha Hezbollah membina semula keupayaan ketenteraan, yang banyak terjejas semasa perang pada 2024.

Aoun berkata, Israel mesti mematuhi perjanjian keamanan supaya tentera Lubnan dapat dikerahkan di sempadan selatan dan melaksanakan pelan pelucutan senjata yang disokong AS.

Beliau turut mengarahkan tentera untuk menyediakan pelan bagi memastikan semua senjata di Lubnan berada di bawah kawalan negara menjelang akhir tahun.

Duta Besar AS ke Turkiye dan utusan khas untuk Lubnan, Tom Barrack berkata, kerajaan Lubnan sedang bergelut untuk merampas senjata Hezbollah.

Kumpulan itu didakwa menolak untuk menyerahkan senjata kerana faktor ‘pencerobohan Israel’.- BLOOMBERG

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN