PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atas sokongan dan kesetiaan yang tidak pernah putus sepanjang perjalanan hidup dan perjuangannya.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Anwar berkongsi gambar bersama Wan Azizah di Parlimen bagi menghadiri Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).
“Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian. Love, Azizah #Tulangrusuk,” tulis Anwar.
Semalam, Perdana Menteri memaklumkan keadaan kesihatannya beransur pulih serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya. – UTUSAN










