KUALA LUMPUR: Pembentangan Akta Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang baharu masih di peringkat kajian menyeluruh bagi memastikan ia benar-benar berkesan dan kalis masa hadapan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, proses penggubalan akta itu memerlukan penelitian mendalam daripada pelbagai aspek termasuk penandaarasan dengan negara serantau, keharmonian fungsi antara kementerian serta implikasi jangka panjang terhadap tadbir urus dan sumber negara. Katanya, bagi menyokong penyediaan akta tersebut, kementeriannya…

								
											






