Trump dakwa Machado mungkin beri anugerah Nobel jika diminta

Trump dakwa Machado mungkin beri anugerah Nobel jika diminta

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Donald Trump mendakwa pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Maria Corina Machado, menghubunginya dan menyatakan menerima anugerah itu bagi menghormati Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Trump berkongsi perkara itu kepada pemberita selepas Rumah Putih mengkritik keputusan Jawatankuasa Nobel yang didakwa memilih politik berbanding keamanan.

Rumah Putih menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan menganugerahkan Hadiah Nobel Keamanan kepada pemimpin pembangkang Venezuela dan bukan Trump.

Apabila ditanya mengenai keputusan tersebut pada petang semalam, Trump tidak mengkritik secara langsung keputusan Jawatankuasa Nobel.

Bagaimanapun, beliau mengiktiraf dirinya sendiri atas penyelesaian beberapa peperangan dan mendakwa Machado mungkin memberinya anugerah itu jika diminta.

“Orang yang sebenarnya menerima Hadiah Nobel menghubungi saya hari ini dan berkata ‘saya menerima ini bagi menghormati anda, kerana kamu benar-benar layak.

“Ia tindakan yang sangat baik. Saya tidak berkata, ‘Berikan kepada saya,’ walaupun saya rasa dia mungkin akan berbuat begitu. Dia sangat baik hati,” kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval.

Jawatankuasa Nobel Norway menganugerahkan Hadiah Tahunan Nobel kepada Machado, dengan alasan beliau merupakan ‘pembela kebebasan yang berani menentang kepimpinan autoritarian’.

Trump sebelum ini telah berkempen untuk anugerah tersebut, dan minggu ini beliau mengumumkan gencatan senjata serta perjanjian tebusan untuk mengakhiri perang di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN