Tindakan provokasi Israel langgar undang-undang antarabangsa - UMNO Perlis - Utusan Malaysia

Tindakan provokasi Israel langgar undang-undang antarabangsa – UMNO Perlis

ROZABIL ABD. RAHMAN.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: UMNO Perlis mengecam sekeras-keras tindakan rejim Zionis yang menahan para aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd. Rahman berkata, tindakan provokasi dan intimidasi ini jelas merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Katanya, ia juga bukti keangkuhan dan kezaliman Israel yang terus menyekat usaha global untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang menderita di bawah sekatan tidak berperikemanusiaan sejak sekian lama.

“Saya menzahirkan rasa dukacita dan kebimbangan yang mendalam terhadap tindakan zalim serta tidak berperikemanusiaan rejim Israel yang telah memintas, mengintimidasi serta menahan aktivis-aktivis misi kemanusiaan GSF ke Gaza termasuk rakyat Malaysia di perairan antarabangsa,” katanya.

Tambah Rozabil, UMNO Perlis berdiri teguh bersama rakyat Malaysia serta aktivis antarabangsa dalam perjuangan Global Sumud Flotilla dan mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman Israel ini.

“UMNO Perlis berkeyakinan bahawa Kerajaan Malaysia akan sedaya upaya membela nasib aktivis-aktivis Malaysia yang terlibat.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar para aktivis yang telah ditangkap berjaya kembali dengan selamat,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN