PARIT BUNTAR: Tiga buah keluarga di Parit 30, Jalan Pantai Kuala Kurau di sini merayu campur tangan kerajaan negeri selepas mendakwa teraniaya apabila diarahkan mengosongkan rumah masing-masing tanpa sebarang pampasan atau penempatan ganti. Penduduk mendakwa mereka bukan penceroboh, sebaliknya mempunyai Lesen Menduduki Sementara (TOL) yang diperbaharui secara sah dan pernah diarahkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian untuk memohon geran hak milik pada tahun lalu. Seorang penduduk, Shaari Alias,…