Tiada sambutan terbuka semasa penyerahan tebusan Israel - Hamas

Tiada sambutan terbuka semasa penyerahan tebusan Israel – Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seorang pemimpin kanan Hamas, Mousa Abou Marzouq memaklumkan pertukaran tahanan dengan Israel mungkin akan bermula pada Isnin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

“Pertukaran tahanan mungkin bermula pada Isnin,” katanya dalam satu temu bual yang disiarkan di televisyen.

Beliau berkata, Hamas berhasrat untuk mempamerkan kekuatan ketenteraan atau meraikan secara terbuka proses penyerahan tebusan Israel.

Fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza antara Hamas dan Israel mula berkuat kuasa pada pukul 12 tengah hari waktu tempatan semalam, di bawa pelan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurut dokumen perjanjian yang diterbitkan penyiar awam Israel, KAN, Hamas akan membebaskan tahanan Israel yang masih hidup dalam tempoh 72 jam selepas Israel mengesahkan perjanjian tersebut.

Dokumen itu juga menetapkan Hamas menyerahkan semua maklumat berkaitan tahanan Israel yang meninggal dunia kepada satu mekanisme bersama yang akan ditubuhkan dengan penyertaan Turkiye, Qatar, Mesir dan Jawatankuasa Palang Merang Antarabangsa (ICRC).

Israel menganggarkan 48 tebusannya masih berada di Gaza, termasuk 20 yang masih hidup, manakala 11,000 rakyat Palestin kini ditahan di penjara Israel.

Abu Marzouq berkata, Hamas memegang banyak kad rundingan.

“Isu tahanan adalah antara alasan yang digunakan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk terus mempertahankan perang di Gaza,” katanya.

Pemimpin Hamas itu turut berkata kumpulannya sedang bekerjasama dengan pengantara ‘bagi mengatasi halangan dan memastikan pembebasan pemimpin Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN