Tiada pegawai, anggota PGA jaga sempadan terlibat dengan 'counter setting'

Tiada pegawai, anggota PGA jaga sempadan terlibat dengan ‘counter setting’

IJID Landu Binju semasa sidang media selepas majlis serah tugas PGA di Markas Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesahkan pihaknya tidak menerima aduan rasmi berkait pegawai dan anggota pegawai yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini terlibat dengan ‘counter setting’

Pemangku Komander Briged Tenggara Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, pihaknya sama sekali tidak akan melindungi mana-mana anggotanya yang terlibat dengan aktiviti tersebut termasuk intergiriti.

“Saya sentiasa memberi peringatan kepada seluruh pegawai dan anggota yang bertugas dilapangan supaya tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral dan melanggar integriti.

“Peringatan ini diberikan sepanjang masa dan bukan bermusim bila saya ada menerima laporan. Setiap kali ada pertukaran penugasan, saya akan berikan peringatan kepada mereka (pegawai dan anggota),” katanya kepada pemberita semasa majlis serah tugas PGA di Markas Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Ijid Landu memberitahu, sepanjang pemerhatian yang dilakukan pegawai danggota PGA menjalankan penugasan dengan begitu baik.

Katanya, jika ada pengawai atau anggota terlibat dengan aktiviti tidak bermoral mereka bakal berdepan tindakan tegas daripada jabatan.

“Jika kes itu melibatkan kes polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) saya tidak akan melindungi.

“Sebab daripada mula saya sudah beri peringatan jangan terlibat dengan pelanggaran integriti,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, polis Kelantan mengesahkan pihaknya mempunyai maklumat awal berhubung kegiatan mengatur kaunter atau counter setting di sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, kegiatan itu amat membimbangkan terutamanya selepas berjaya menembusi kawalan keselamatan di kawasan berteknologi tinggi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN