Tiada MRSM di Pahang ditutup akibat jangkitan influenza

Tiada MRSM di Pahang ditutup akibat jangkitan influenza

RAZALI KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dakwaan kononnya sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di negeri ini ditutup berikutan penularan wabak influenza tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, siasatan mendapati kejadian itu hanya melibatkan MRSM Kuantan, langkah kawalan dan pencegahan sudah pun diambil segera oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bersama pihak pengurusan sekolah.

“Kluster yang sama turut dikesan di beberapa lagi MRSM dan sekolah asrama lain seluruh Pahang. Situasi yang sama di seluruh Malaysia ketika ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Razali berkata, kes pertama dikesan pada 5 Oktober lalu dan siasatan dimulakan pada hari berikutnya dan sehingga 7 Oktober 2025, seramai 114 pelajar disahkan dijangkiti influenza, namun tiada kes yang memerlukan kemasukan ke hospital,”katanya.

Menurutnya, jangkitan disyaki berpunca daripada pelajar yang pulang ke rumah semasa cuti sekolah pada 13 hingga 21 September lalu.

Jelasnya, beberapa langkah kawalan dan pencegahan dilaksanakan termasuk mengasingkan pelajar bergejala di rumah sehingga pulih, menjalankan pengesanan kes harian serta menasihatkan pelajar dan kakitangan segera mendapatkan rawatan jika menunjukkan simptom.

“Pihak sekolah juga telah membenarkan semua pelajar pulang bermalam dan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga 22 Oktober ini. Bagaimanapun, hanya pelajar tingkatan empat seramai 114 orang dibenarkan berada di sekolah bagi menduduki peperiksaan GSE, dengan pemantauan rapi pihak sekolah dan PKD Kuantan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN