BESUT: Kira-kira 500 keluarga di Seberang Jerteh di sini, terpaksa mencatu bekalan air setiap hari ekoran masalah tekanan air sejak bulan lalu. Seorang penduduk, Ruzmi Yasin, 62, berkata, bekalan air kerap terputus sehingga menyebabkan rutin harian mereka terjejas dan terpaksa menyimpan bekalan air setiap hari akibat masalah berkenaan. “Bekalan air lazimnya mulai diperoleh pada lewat petang sehingga waktu subuh namun alirannya sangat perlahan dan tidak dapat sampai ke tangki simpanan…