PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia membuka kertas siasatan berhubung projek Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekiranya terdapat petunjuk berlakunya salah guna kuasa atau unsur rasuah dalam pelaksanaannya. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini pihaknya belum memulakan sebarang siasatan terhadap projek berkenaan yang menelan kos ratusan juta ringgit itu. “Buat masa ini, SPRM tidak menerima sebarang aduan atau maklumat berhubung perkara…










