Sindiket edar ganja RM5.9 juta tumpas

Sindiket edar ganja RM5.9 juta tumpas

HUSSEIN Omar Khan menunjukkan dadah jenis bunga ganja yang dirampas di sekitar Selangor pada sidang akhbar di IPK Selangor, Shah Alam, semalam. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kegiatan sindiket pengedaran bunga ganja yang aktif sejak dua bulan lalu tumpas apabila tujuh individu ditangkap bersama rampasan bernilai RM5.9 juta di sekitar Selangor, baru-baru ini.

Bagi mengaburi pihak berkuasa, sindiket terbabit menyewa rumah teres untuk dijadikan stor penyimpanan dadah sebelum ia diedarkan di pasaran tempatan dan luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerusi hasil risikan dan maklumat awam me­lakukan empat serbuan dalam Operasi (Op) Sungkai antara 3 hingga 5 Oktober lalu.

Menurutnya, operasi khas berterusan itu membawa kepada penahanan individu tempatan iaitu lima lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 41 tahun.

“Serbuan pertama di sebuah rumah di Subang Jaya melibatkan penahanan tiga suspek dan merampas 115 bungkusan berisi bunga ganja seberat 112 kilogram (kg) serta ketulan mampat ganja seberat 4.72 kg.

“Dalam serbuan kedua, dua lelaki ditahan dekat tepi jalan di Petaling Jaya dengan rampasan 12 bungkusan bunga ganja dalam sebuah Perodua Alza,” katanya pada sidang akhbar, semalam.

Jelas Hussein, pihaknya kemudian menahan seorang lelaki dan wanita dekat sebuah hotel di Selayang dan merampas dua bungkusan bunga ganja seberat 2.1 kg.

“Susulan tangkapan itu, polis menyerbu parkir sebuah kondominium di Petaling Jaya dan merampas 40 lagi bungkusan bunga ganja.

”Keseluruhan rampasan dadah berjumlah 173.14 kg dengan nilai pasaran dianggarkan RM5.9 juta dan boleh digunakan oleh 263,000 penagih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN