Sidang kemuncak Trump-Putin dibatalkan selepas Russia hantar memo kepada AS

Sidang kemuncak Trump-Putin dibatalkan selepas Russia hantar memo kepada AS

DONALD Trump bersama Vladimir Putin selepas mereka tiba di Anchorage, Alaska. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) membatalkan rancangan untuk mengadakan sidang kemuncak antara Presiden Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin, di Budapest berikutan pendirian tegas Moscow terhadap tuntutan berkaitan konflik Ukraine.

Financial Times melaporkan, keputusan itu dibuat selepas satu panggilan telefon yang tegang antara diplomat tertinggi kedua-dua negara.

Menurut Reuters, Rumah Putih dan pegawai kerajaan Russia belum memberi sebarang maklum balas berhubung laporan berkenaan.

Rancangan untuk mengadakan sidang kemuncak antara Trump dan Putin di Budapest pada Oktober ditangguhkan selepas Moscow bertegas dengan tuntutan keras, termasuk desakan agar Ukraine menyerahkan lebih banyak wilayah sebagai syarat gencatan senjata.

Trump sebelum ini menyokong gesaan Ukraine supaya gencatan senjata segera dilaksanakan mengikut garis panduan semasa.

Beberapa hari selepas kedua-dua pemimpin itu bersetuju bertemu di ibu negara Hungary bagi membincangkan usaha penamatan perang, Kementerian Luar Russia menghantar memo kepada Washington yang menegaskan semula tuntutan tersebut bagi menangani ‘punca utama’ pencerobohan.

Ini termasuk penyerahan wilayah tertentu oleh Ukraine, pengurangan besar-besaran keupayaan tenteranya serta jaminan negara itu tidak akan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor Financial Times.

AS kemudiannya membatalkan sidang kemuncak itu selepas satu panggilan telefon antara Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov dan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, di mana Rubio memaklumkan kepada Trump bahawa Moscow tidak menunjukkan sebarang kesediaan untuk berunding.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy pula berkata pada Oktober, walaupun Kyiv bersedia untuk mengadakan rundingan damai, negaranya tidak akan menarik balik tentera dari mana-mana wilayah tambahan seperti yang dituntut oleh Moscow.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN