Si cilik bergambar 'outdoor' ala pelajar universiti

Si cilik bergambar ‘outdoor’ ala pelajar universiti

MURID Tadika Little Caliphs Padang Midin lengkap berbaju jubah konvokesyen diraikan dalam sesi fotografi graduasi dI luar kawasan berhampiran Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jika lazimnya menyaksikan penuntut universiti merakam gambar kenangan graduasi lengkap dengan jubah dan topi konvokesyen, namun mencipta kelainan apabila pelajar cilik berusia enam tahun pula diraikan dalam sesi fotografi di luar kawasan atau secara outdoor.

Seramai 58 murid dari Tadika Little Caliphs Padang Midin, di sini tampil bergaya dengan persalinan lengkap konvokesyen, memilih kawasan lapang berhampiran Masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Ibai, di sini menjadi set fotografi mereka.

Seorang guru, Nor Hidayah Jaafar, 41 berkata, idea menjadikan sesi fotografi itu di luar kawasan tadika timbul kerana mahu memberi pengalaman berbeza dan memori manis kepada kanak-kanak sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan sebenar.

“Selama ini kami buat di tadika sahaja tetapi tahun ini saya mahu cipta kelainan supaya anak-anak rasa lebih dihargai. Bukan mudah mencari lokasi yang sesuai kerana kita perlu pastikan kawasan selamat, lapang dan selesa untuk mereka.

“Pada mulanya kami cadangkan sekitar Jambatan Angkat namun kawasan di situ kurang sesuai untuk mereka yang masih kecil ini. Akhirnya kami pilih sekitar Masjid Terapung kerana pemandangannya yang lebih cantik dan lebih nyaman,” katanya ketika ditemui.

Nor Hidayah berkata, kejayaan penganjuran graduasi outdoor itu memberi semangat buatnya untuk meneruskannya pada tahun mendatang.

“Kami mahu setiap anak rasa diraikan kerana ini pencapaian pertama mereka. Walaupun hanya sesi bergambar, kenangan sebegini jadi pemangkin semangat apabila masuk tahun satu nanti,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×