Sektor e-dagang dijangka cecah RM1.65 trilion menjelang 2025

Sektor e-dagang dijangka cecah RM1.65 trilion menjelang 2025

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sektor e-dagang negara dijangka mencatat hasil pendapatan sebanyak RM1.65 trilion menjelang penghujung 2025, menjadikannya pemacu utama pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, sektor berkenaan menunjukkan pertumbuhan pesat sejak beberapa tahun lalu, daripada RM1 trilion pada 2021 kepada RM1.127 trilion pada 2022 dan RM1.184 trilion pada 2023, meningkat masing-masing 8.7 peratus dan 5.1 peratus.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Seiring unjuran semasa, sektor ini disasarkan mencapai RM1.65 trilion pada 2025. Ia juga membuka peluang pekerjaan baharu serta memperluas pasaran kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana,” katanya.
Tambah Fuziah, undang-undang sedia ada masih tidak mencukupi untuk mengawal sektor e-dagang yang berkembang pesat.

“Oleh itu, KPDN mencadangkan penggubalan rang undang-undang e-dagang baharu bagi memantapkan kawal selia.

“Pada masa ini, kita hanya menggunakan amalan terbaik seperti mengadakan rundingan dan memanggil pengendali platform.

“Sekiranya undang-undang ini diluluskan di Parlimen, satu peraturan boleh diwujudkan untuk menetapkan kadar yuran platform e-dagang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN