Rumah Putih tuduh Jawatankuasa Nobel pilih politik bukan keamanan

Rumah Putih tuduh Jawatankuasa Nobel pilih politik bukan keamanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Rumah Putih mengkritik penganugerahan Hadiah Nobel Keamanan kepada pemimpin pembangkang Venezuela berbanding Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Ia mendakwa, Trump, yang sebelum ini berharap memperoleh penghargaan tersebut, akan terus berusaha mempromosikan keamanan.

“Presiden Trump akan terus membuat perjanjian keamanan, menamatkan perang dan menyelamatkan nyawa.

“Beliau mempunyai hati seorang kemanusiaan, dan tiada sesiapa seperti beliau yang mampu menggerakkan gunung dengan kekuatan semata-mata daripada kehendaknya,” kata jurucakap Rumah Putih, Steven Cheung dalam satu kenyataan di platform media sosial, X.

Kenyataan itu turut mengkritik Jawatankuasa Nobel, mendakwa ia menunjukkan keputusan tersebut hanya meletakkan politik berbanding keamanan.

Semalam, pemimpin pembangkang dan aktivis demokrasi Venezuela, Maria Corina Machado, diumumkan sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan.

Jawatankuasa Nobel Norway berkata, Machado, yang kini hidup dalam persembunyian, dipilih atas usaha gigihnya memperjuangkan hak demokratik rakyat Venezuela serta perjuangan untuk mencapai peralihan yang adil dan aman daripada pemerintahan diktator kepada demokrasi.

Pengerusi Jawatankuasa Nobel, Jorgen Watne Frydnes berkata, Venezuela berubah daripada sebuah negara demokratik dan makmur kepada ‘negara autoritarian yang kejam’, serta bergelut dengan krisis kemanusiaan dan ekonomi.

Dalam konteks ini, Machadi menjadi tokoh utama yang menyatukan barisan pembangkang politik yang sebelum ini berpecah-belah.

Jawatankuasa Nobel memuji beliau sebagai antara contoh keberanian awal yang paling luar biasa di Amerika Latin sejak kebelakangan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN