RM410 juta e-waste dirampas PGA dalam tempoh sembilan bulan 

RM410 juta e-waste dirampas PGA dalam tempoh sembilan bulan 

IJID Landu Binju (dua kanan) memberikan kata-kata semangat kepada barisan pegawainya semasa majlis serah terima tugas di Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan rampasan sisa elektronik (e-waste) sebanyak RM410 juta dalam tempoh sembilan bulan tahun ini bermula Januari hingga September lalu.

Pemangku Komandernya, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, kenyataan itu melalui Ops Hazard yang dijalankan di Pahang berikutan banyak kilang-kilang yang beroperasi secara haram di negeri tersebut.

“Bagaimanapun jumlah keseluruhan nilai rampasan sepanjang menjalankan penugasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang lebih RM794 juta sepanjang tempoh berkenaan.

“Untuk penugasan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan, kita telah berjaya merekodkan nilai rampasan lebih RM274 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Ijid Landu memberitahu, barangan yang dirampas di Kelantan kebiasaannya melibatkan kes mengikut Akta Kastam 1967, haiwan-haiwan di bawah Jabatan Veterinar, beras, hasil pertanian, produk kosmetik dan minyak masak.

Katanya, jumlah tangkapan dan rampasan yang dijalankan oleh PGA menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan dilihat tidak menentu malah ada pasang surutnya.

“Tugasan hakiki PGA di Kelantan adalah untuk mengawal sempadan Malaysia-Thailand tanpa bermusim tidak kira semasa banjir atau tidak. Kita sentiasa bersedia 24 jam di perbatasan negara.

“Boleh dikatakan, PGA tiada masa untuk bersenang-lenang semasa menjalankan Ops Taring Wawasan Kelantan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN