HULU TERENGGANU: Kaedah atau alat teduhan secara tradisional dikenali sebagai ‘rimau rakok’ oleh masyarakat di daerah ini masih menjadi pilihan para petani di Kampung Kuala Menjing untuk berlindung daripada pancaran matahari sewaktu mereka berkebun. Seorang pekebun, Roslina Yusof, 58, berkata, rimau rakok kebiasaannya digunakan sewaktu mengusahakan tanaman renek seperti kacang tanah, jagung dan padi bukit. “Sebelum penggunaan kanvas atau guni seperti sekarang, orang terdahulu cuma menggunakan daun-daun pokok bersesuaian yang…