KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendesak sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan perjanjian perdagangan timbal balik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimuktamadkan Ahad lalu. Menurutnya, perjanjian yang dimeterai semasa kunjungan rasmi Presiden AS, Donald Trump ke Malaysia itu perlu diperhalusi semula kerana melibatkan soal kedaulatan negara dan kepentingan dasar luar Malaysia. “Saya telah menghantar satu usul mendesak Dewan Rakyat mengadakan sidang…










