KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen pembangkang kononnya kerajaan menggadai kedaulatan negara melalui Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) 2025 dengan Amerika Syarikat (AS). Perdana Menteri berkata, pemikiran bahawa kerajaan sedang menggadai negara melalui Perjanjian ART 2025 adalah satu bentuk penjajahan baharu yang wujud dalam kalangan pembangkang disebabkan mereka menjadikan fakta separuh benar sebagai kebenaran mutlak. Malah kata beliau, sikap pembangkang tersebut menjadikan tiada satu pun kejayaan Malaysia…
 
								
 
								 
								 
											









