PM Australia tidak kekok ucap 'terima kasih'

PM Australia tidak kekok ucap ‘terima kasih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, membuka dan menutup ucapannya pada Sidang Kemuncak ASEAN-Australia di Kuala Lumpur hari ini dengan ucapan ‘terima kasih’.

Ucapan itu mencerminkan nada mesra dan penghargaan mendalam Canberra terhadap hubungan erat dengan ASEAN, terutama ketika beliau menegaskan komitmen Australia untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan keselamatan serantau.

Sepanjang ucapannya, Albanese menekankan Australia kekal rakan kukuh ASEAN dalam menghadapi ketidaktentuan global, termasuk jaminan melabur untuk pertumbuhan Asia Tenggara.

Beliau turut menutup ucapannya dengan ungkapan sama, sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah Malaysia dan rakan pemimpin ASEAN yang hadir.

“Australian dan Malaysia, sudah tentu adalah sahabat karib,” katanya.

Ucapan pembukaan tersebut jga lebih santai apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanyakan mengenai ketidakhadiran Menteri Luar Australia, Penny Wong ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Albanese kemudiannya menjelaskan ketiadaan Wong adalah kerana Parlimen Australia sedang bersidang dan beliau perlu berada di Senat dalam kapasiti sebagai Ketua Dewan Negara.

“Rakan saya dan rakan anda, Menteri Luar kami, Penny Wong, tentunya menjadi jambatan langsung antara Australia dan Malaysia. Dalam kerajaan saya, beliau memainkan peranan penting.

“Sambil kita meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Australia dan Malaysia, kita boleh menilai semula perkongsian luar biasa yang wujud antara kedua-dua negara, merangkumi perdagangan, pelancongan, pendidikan serta hubungan perniagaan yang semakin berkembang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN