KUALA LUMPUR: Wujud kelompok tertentu yang tidak senang dengan transformasi sedang dilaksanakan kerajaan bagi menjamin kelangsungan, kelestarian dan peningkatan keupayaan negara. Ia termasuk usaha penyasaran subsidi diesel, RON95, telur dan tarif elektrik yang telah menjimatkan sehingga RM15.5 bilion dana awam, termasuk sebelum ini (dua tahun lalu) kerajaan memansuhkan subsidi ayam sebanyak RM1 bilion kerana ia hanya menguntungkan kartel. Mendedahkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua langkah…