NEW YORK: Dua pesawat yang dikendalikan oleh anak syarikat Delta berlanggar di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, di sini semalam, menurut pihak berkuasa. Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey berkata, insiden melibatkan dua pesawat Endeavor Air berlaku pada pukul 9.58 malam (waktu tempatan) ketika sebuah pesawat sedang mendarat, manakala sebuah lagi bersiap sedia untuk berlepas. Seorang individu dibawa ke hospital selepas dilaporkan mengalami kecederaan. Delta turut melaporkan seorang pramugari…