KANGAR: Perpustakaan masih kekal relevan dengan data pada tahun lalu sahaja merekodkan seramai 8,281,541 pengguna telah menggunakan perkhidmatan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ia sekali gus membuktikan perpustakaan terus menjadi pusat rujukan, pembelajaran dan interaksi sosial penting dalam membina masyarakat berpengetahuan. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sepanjang tahun lalu juga, sebanyak 56,473 program galakan membaca telah dilaksanakan di seluruh negara. Katanya, program itu menjadi langkah strategik ke arah…