YAN: Pergerakan ikan pelagik seperti selar, kembung, sardin, cencaru, tongkol (tuna kecil) dan tenggiri yang bersifat bermusim boleh menyebabkan tangkapan ikan di setiap negeri turun naik. Pengarah Perikanan Kedah, Sukri Deris berkata, ikan-ikan yang menghuni ruang air terbuka di lautan itu akan bergerak dari sesuatu perairan ke perairan lain mengikut kitaran semula jadi yang berulang antara empat ke lima musim setahun. “Contohnya ikan kembung di mana kawasan pembiakannya dikatakan di…