PENDANG: Seorang pengusaha kolam memancing di Titi Haji Idris, di sini mendakwa kerugian RM100,000 apabila 12 kolam ikan keli yang diusahakan dinaiki air ketika banjir melanda daerah ini, sejak Sabtu lepas. Pemilik premis, Mohd. Nazri Jamaluddin berkata, insiden itu bukan kali pertama namun merupakan yang terburuk apabila air menggenangi kolam tersebut setelah 10,000 tan ikan keli dilepaskan beberapa hari sebelum kejadian. “Tiap-tiap tahun memang kawasan ini akan dinaiki air tetapi…










