KUALA KRAI: Penduduk di kawasan pedalaman di negeri ini terutama di Dabong tetap menikmati pembelian subsidi petrol RON95 menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95). Inisiatif itu dinikmati menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Situasi itu menyebabkan penduduk tidak lagi perlu berulang-alik sejauh 106 kilometer semata-mata untuk mengisi petrol di stesen minyak Laloh dan Jeli selepas kawasan tersebut tidak mempunyai…