OSLO: Hadiah Nobel Keamanan dianugerahkan kepada pemimpin pembangkang dan aktivis demokrasi Venezuela, Maria Corina Machado. Jawatankuasa Nobel Norway berkata, Machado, yang kini hidup dalam persembunyian, dipilih atas usaha gigihnya memperjuangkan hak demokratik rakyat Venezuela serta perjuangan untuk mencapai peralihan yang adil dan aman daripada pemerintahan diktator kepada demokrasi. “Saya benar-benar terkejut,” katanya dalam satu rakaman video yang dikongsi kepada AFP oleh pasukan medianya selepas pengumuman anugerah itu hari ini. Pengerusi…