WASHINGTON: Rumah Putih memulakan pemecatan besar-besaran dalam kerajaan Amerika Syarikat (AS), ketika Presiden Donald Trump menunaikan ancamannya untuk mengurangkan tenaga kerja persekutuan semasa penutupan kerajaan. Jurucakap berkata, pemotongan pekerjaan sedang dijalankan di Jabatan Perbendaharaan, agensi kesihatan, jabatan pendidikan, perdagangan dan bahagian keselamatan siber Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Namun, jumlah keseluruhan pekerja yang terjejas masih belum dapat disahkan. Sejak awal tahun ini, kira-kira 300,000 pekerja persekutuan dijangka meninggalkan jawatan mereka, sebagai…