Pelan gencatan senjata strategi Trump baiki imej buruk Israel

Pelan gencatan senjata strategi Trump baiki imej buruk Israel

DONALD Trump berjabat tangan dengan Benjamin Netanyahu semasa pertemuan di Pejabat Oval, Rumah Putih, Washington. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa sekutu rapatnya Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tiada pilihan selain bersetuju dengan pelan gencatan senjata di Gaza.

Trump mendakwa, Netanyahu pada awalnya berbelah bahagi dengan langkah tersebut, namun beliau meyakinkan pemimpin itu kononnya keputusan tersebut adalah peluang untuk Israel mencapai kemenangan.

Keputusan ‘terdesak’ Netanyahu itu dibuat selepas perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin berkenaan pada Jumaat lalu.

“Netanyahu bertindak terlalu jauh di Gaza dan Israel kehilangan banyak sokongan di seluruh dunia. Sekarang saya akan mengembalikan semula semua sokongan itu,” dakwa Trump dalam wawancara bersama saluran televisyen Israel, Channel 12.

Panggilan telefon itu dilaporkan berlaku pada hari yang sama pejuang Hamas memberi isyarat ia bersedia untuk berunding mengenai pembebasan semua tebusan Israel.

Hamas, yang mentadbir Gaza sejak 2007, turut menyatakan kesediaan menyerahkan kawalan pentadbiran kepada kumpulan teknokrat Palestin berdasarkan konsensus nasional dan disokong dunia Arab serta Islam.

Pada Sabtu, Trump mengumumkan Israel menerima pelan garis pengunduran awal yang turut dikongsikan kepada Hamas.

“Sebaik sahaja Hamas mengesahkan, gencatan senjata akan berkuat kuasa serta-merta, pertukaran tebusan dan tahanan akan bermula, dan kita akan mencipta keadaan untuk fasa pengunduran seterusnya yang akan membawa kita hampir kepada pengakhiran malapetaka 3,000 tahun ini,” ujar beliau di platform Truth Social.

Bagaimanapun, pelan 20 perkara daripada pentadbiran Trump belum dipersetujui sepenuhnya oleh Hamas.

Utusan khas Trump, Steve Witkoff, bersama menantunya, Jared Kushner, dijangka berlepas ke Mesir bagi memulakan rundingan terperinci mengenai pelan pembebasan tebusan dengan Hamas, lapor CNN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN