NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan pelan bantuan kemanusiaan 60 hari yang akan dilaksanakan sebaik sahaja gencatan senjata di Gaza bermula. Ketua Operasi Kemanusiaan PBB, Tom Fletcher berkata, pelan tersebut dirancang dengan teliti serta diuji bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan pantas dan berkesan. “Bekalan sebanyak 170,000 tan metrik yang terdiri daripada makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain sudah berada di lokasi strategik. Pasukan kami yang berpengalaman juga bersedia,” katanya…