KUALA LUMPUR: Semakan semula prosedur operasi standard (SOP) merupakan antara reformasi segera terhadap sistem dan mekanisme keselamatan sekolah bagi memastikan semua institusi pendidikan di negara ini benar-benar selamat untuk warga pendidik serta murid. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah reformasi segera itu juga merangkumi pelaksanaan audit keselamatan menyeluruh di 10,243 sekolah di seluruh negara dan penambahbaikan sistem aduan serta pengurusan kes buli serta gangguan seksual. Katanya, usaha tersebut merentasi kementerian…